5 Rahsia Kejayaan Penanaman Ros
Kesyukuran yang tidak terhingga penulis panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya penulis diberi kekuatan untuk mengeluarkan buku santai kedua ini. Buku ini akan membawa anda untuk mengenali jenis pokok ros secara dekat, pemilihan dan cara membeli dengan bijak dan menjaganya dalam kesibukan. Buku ini, insyaAllah membantu memberi panduan berguna walaupun secara ringkas dan penuh infografik untuk seorang yang berkerjaya dan juga surirumah untuk memulakan hobi menanam dan menjaga pokok ros agar sentiasa subur dan berbunga sepanjang tahun.