0Item(s)
0 0

Kemelut Hadis Palsu: Punca, Kesan dan Penyelesaian

Product Code EA2889
Product Name: Kemelut Hadis Palsu: Punca, Kesan dan Penyelesaian
Category: Dr Fadlan Othman
Star Rating: Not Available
Printable: NO
Original Price: MYR 16.00
After Discount: MYR 8.00
  ECopy (PDF) via Email

Kemelut Hadis Palsu: Punca, Kesan dan Penyelesaian

Al-Quran dan al-Sunnah adalah pada tahap yang sama dari sudut pensyariatan. Apa sahaja yang disyariatkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, ertinya itu adalah daripada Allah Taala. Al-Sunnah adalah merupakan rumusan daripada hadis-hadis yang sahih. Dari sudut pengumpulan pula, al-Quran adalah mutawatir dan pasti manakala Hadis tidak mengalami proses ini. Al-Quran semuanya adalah sabit dan diterima sedangkan Hadis perlu ditapis. Dengan ini, masih ada ruang bagi musuh-musuh Islam untuk membuat penyelewengan dalam hadis dengan memalsukan dan menyandarkannya kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Buku ini menjelaskan punca pemalsuan hadis dan kesannya kepada umat manusia. Seterusnya perbincangan merangkumi cadangan penyelesaian bagi kemelut hadis palsu. Secara umumnya membezakan lalu membanteras hadis palsu adalah solusi utama untuk menjaga kemurnian Hadis daripada diselewengkan. Masyarakat Islam wajar berganding bahu untuk melaksanakan tanggungjawab ini.