TERKENANG SEMASA DULU... VOL. 1
Komik ini membawa pembaca kembali ke pertengahan tahun 1970-an dan sama -sama mengimbau suka duka zaman kanak-kanak di pekan Jelebu Negeri Sembilan. Komik ini padat dengan nilai kasih sayang dan hubungan kekeluargaan dalam bentuk lakaran dan tulisan tangan kartunis sendiri.Semoga para pembaca dapat merasai suasana yang dipaparkan serta memahami maksud tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan.