COVID-19 KEMBALIKAN ANAKKU
Apabila sesuatu ujian berlaku kepada seseorang, amat mudah untuk kita bersimpati tetapi sedikit sukar untuk berkongsi perasaan empati melainkan kita pernah melalui ujian seumpamanya. Musibah COVID-19 menerjah kehidupan ramai orang dan membawa pelbagai pengajaran. Pengalaman yang dilalui berbeza mengikut kesesuaian yang ditetapkan Tuhan sebagaimana umum mengetahui ujian itu diberi mengikut kemampuan masing-masing. Kecil atau besar dan berat atau ringan suatu ujian itu bukan pengukur keimanan hamba-Nya tetapi bagaimana reaksi kita menghadapi ujian itu menentukan samada kita lulus atau gagal. Di dalam ebook ini, saya berkongsi pengalaman menghadapi ujian COVID-19 dan melihat hikmah di sebalik ujian tersebut.