Dari Shah Alam Ke Jordan
Buku ini merupakan sebahagian dari travelog penulis semasa mengembara menuntut ilmu khusus di bumi Jordan. Nama diberi bersempena menterjemahkan perjalanan yang panjang dan step by step penulis melewati jalan menuntut ilmu. Buku ini diterbitkan juga sebagai anugerah terindah yang diberikan oleh Allah kepada penulis. Dengan menerbitkan buku ini penulis dapat mengabadikan segala macam pengalaman, suka, duka, pahit, manis dan sebagainya semasa menuntut ilmu di sana khususnya dan sebagai pengalaman mengembara dalam menuntut ilmu. Jadi, nasihat penulis kepada semua pemuda-pemudi, penuntut ilmu atau siapapun yang berpeluang belajar, maka belajarlah bersungguh-sungguh dan terokalah ilmu di mana pun anda berada kerana ilmu itu sangat mahal dan berharga. Penulis turut menasihatkan diri agar tidak mensia-siakan perjalanan dan pengalaman yang telah digapai untuk dikongsikan kepada semua. Semoga bermanfaat untuk semua dan memberi nafas baru kepada sesiapa yang memerlukannya. Semoga taufiq dan hidayah Allah sentiasa menjadi panduan dalam hidup kita semua.