30 Kisah daripada Hadith Sahih
Buku 100 halaman ini menghimpunkan 30 teks hadith yang diambil daripada Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Sangat sesuai untuk bacaan awam. Setiap hadith mengandungi pengajaran dan diberi tajuk untuk menambat hati pembaca. Teks Arab asal diletakkan nama perawi a’la (tertinggi) sahaja tanpa sanad penuh, namun takhrij sumber dan nombor hadith ada dinyatakan. Terjemahan pula dibuat huruf ke huruf dengan tambahan penulis dalam kurungan ‘( )’ supaya mudah difahami.