Rindu Tak Mungkin Terpadam
Setiap orang mukmin tidak akan hanya di biarkan berkata mereka telah beriman selagi mana tidak diuji. Besar atau kecil sesuatu ujian adalah mengikut kemampuan hambanya. Ebook ini merungkai kisah seorang anak yang diuji pelbagai kesulitan selepas kehilangan orang tersayang. Jiwa dan semangatnya telah hilang, namun beliau berusaha untuk bangkit lalu menjadikan penulisan sebagai terapi diri. Kesedaran untuk mengekalkan memori dalam catatan ini kian memuncak dan memaksa diri untuk terus menulis meski berdepan dengan pelbagai halangan yang tidak dijangka. Berperang dengan perasaan sedih, pilu menyebabkan air mata menemani sepanjang penulisan ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.