0Item(s)
0 0

RAHSIA RUMAHTANGGA BAHAGIA

Product Code EH2037
Product Name: RAHSIA RUMAHTANGGA BAHAGIA
Category: Halimah Husin
Star Rating: Not Available
Printable: NO
Original Price: MYR 16.00
After Discount: MYR 8.00

RAHSIA RUMAHTANGGA BAHAGIA

Keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat. Mempunyai keluarga yang bahagia adalah idaman dan impian setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Kata orang membina keluarga umpama membina sebuah rumah kerana jika rumah itu dibina dengan asas yang kukuh maka kukuhlah rumah itu. Begitulah juga dengan sebuah rumahtangga. Jika sebuah rumahtangga itu dibina dengan asas yang kukuh iaitu iman dan taqwa keutuhan sebuah rumahtangga pasti terbina. Tujuan perkahwinan adalah untuk mendapat kebahagiaan. Islam melihat perkahwinan sebagai satu ibadah jika perkahwinan itu dilakukan ikhlas untuk memenuhi tuntutan agama dan syariat demi mencari redha Allah. Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia yang inginkan kasih sayang, cinta menyintai dan ketenangan hasil hubungan tersebut.