FAJAR ISLAM MENYINAR DI CHINA
Buku ini aku tulis sebagai sebuah catitan perjalanan ke provinsi-provinsi muslim berjiran di China melalui Program GISO (Global Islamic Students Outreach) yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pengalaman penulis sebagai pengiring sangat memberikan kesan kepada keinginan penulis untuk melawat sebanyak mungkin negara-negara di dunia bagi memenuhi suruhan Allah SWT agar kita bertebaran di muka bumi Allah ini untuk melihat kesan-kesan kegiatan yang yang sungguh berharga. Penulis tidak boleh lupa bagaimana perjalanan dengan keretapi yang begitu lama dilalui dengan penuh sabar. Ketika itu pula baru sahaja berlaku kehilangan mistri kapal terbang MAS yang sebahagian besar penumpangnya berbangsa China. Mereka mengambil iktibar daripada kejadian itu sebagai sesuatu yang sudah ditakdir Allah SWT untuk berlaku.
Currently No Review