0Item(s)
0 0

Pemakanan Wanita

Product Code EN2082
Product Name: Pemakanan Wanita
Category: Dr Norsyamlina Che Abdul Rahim
Star Rating: Not Available
Printable: NO
Original Price: MYR 16.00
After Discount: MYR 8.00

Pemakanan Wanita

Pemakanan yang baik merupakan komponen utama yang menyumbang kepada kesejahteraan tubuh dan kesihatan keseluruhan bagi seorang wanita. Tubuh wanita mengalami banyak perubahan dari segi fisiologi dan biologi seiring dengan fasa kehidupannya daripada alam remaja hinggalah ketika melalui fasa kehamilan dan menyusukan bayi sehingga ke usia emas. Perubahan fisiologi dan tuntutan hidup sebagai seorang ibu, isteri, pekerja dan masyarakat, mempengaruhi keperluan pemakanan seharian. Melalui pemakanan yang baik, seseorang wanita berupaya untuk mencegah atau mengurangkan risiko kepada masalah-masalah kesihatan seperti anemia, osteoporosis dan penyakit-penyakit kronik yang lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung. Adakah anda amalkan pemakanan sihat setiap hari? atau masih lagi keliru dan ragu-ragu tentang apa yang perlu dilakukan? Jom bersama-sama kita semak semula dan cuba lengkapkan senarai amalan pemakanan sihat yang masih belum diamalkan! Wanita bangkit mendepani cabaran!